Monday, November 06, 2006

Santai Sastera di DBPWS

Semalam, sempat meluangkan masa bertemu rakan-rakan penulis, dan menjalin semula semangat penulisan-sastera di DBPWS setelah sebulan lebih ‘berehat’ di bulan Ramadan.

Masih di ruang semangat Syawal - melalui aktiviti santai sastera kali ini, bersama penulis prolifik dan mapan, Sdr.Mohd.Kasim Mahmud. Juga lebih mesra dengan panggilan Cikgu Kasim. Majlis dipengerusikan oleh Pn.Nisah Haron yang didatangkan khas dari Negeri Sembilan.

Antara yang terkesan dan tentunya mempunyai persamaan di dalam galuran penulisan ini ialah beliau menjadikan penulisan sebagai tempat menumpahkan perasaan. Kecewa dan tidak puas hati akan digarap secara kreatif menjadi karya yang menarik. Begitulah antara ‘pengakuan’ Cikgu Kasim dalam majlis Ceritera Bersama Karyawan Sastera siri 6/2006.

Beliau turut memberikan beberapa tips untuk menjadi penulis yang berjaya. Paling saya ingati ialah agar tidak putus asa dan berani mencuba menghantar karya ke akhbar arus perdana. Di samping banyakkan membaca karya-karya yang pernah memenangi hadiah sayembara.

Bulan hadapan, DBPWS akan bersama penggiat teater, Sdr.Sahruddin Manas pada 2/12/2006 dalam program santai ini. Ayuh, kita semarakkan lagi dunia sastera dan penulisan di sini, di bumi daksina

1 comment:

Anonymous said...

hehehe dah tukar gambar nampaknya. Banyak betul aktiviti di DBPWS. Di KL?