Wednesday, November 29, 2006

Seusai Gema Puisi Bahasa : Syabas DBPWS!

Tiada lagi perkataan dan kata-kata yang harus diberikan kepada DBPWS seusainya Gema Puisi Bahasa pada 25 November 2006 melainkan - syabas! Betapa, saya kira ini adalah kemuncak kepada segala majlis dan aktiviti sastera DBPWS yang pernah dianjurkan.

Pada sebelah pagi, dimulakan Bicara Karya bersama SN Datuk A.Samad Said, dan sungguh - khalayak yang hadir di luar jangkaan. Alangkah bahagianya jika majlis santai sastera begini selalu mendapat tempat di dalam hati & diari masyarakat.

Selepas berehat dan minum pagi sekitar 20 minit, majlis diteruskan dengan Dialog Bahasa bertajuk 50 Tahun Memartabakan Bahasa Kebangsaan : Adakah Noktahnya? Panel terdiri daripada Dr.Awang Sariyan, Tan Sri Ismail Hussein dan Dr.Nathesan.

Benar. Setuju dengan rumusan dialog - perjuangan memartabatkan bahasa tiada noktahnya. Dan perjuangan ini tidaklah terletak hanya di bahu pejuang dan pencinta bahasa sahaja. Ianya juga adalah tanggungjawab bersama. Tanggungjawab diri sendiri kepada bangsa, yang seharusnya sedar – tanpa perbezaan dan jurang bahasa ini kita dapat hidup tenang dan harmoni.

Perjuangan memartabatkan bahasa; perjuangan yang tiada noktahnya. Perjuangan sehingga ke akhir hayat. Jika tidak kita yang perjuangkan, siapa lagi? Bayangkanlah jika tidak diperjuangkan daulat & martabat bahasa ini, di masa akan datang apa akan terjadi? Bayangkanlah. Sedihnya.
Tidak.
Tidak.

--> Tahniah sekali lagi DBPWS, di atas penganjuran Gema Puisi Bahasa 2006.

2 comments:

Anonymous said...

Sdra. Wahyu,

Terima kasih atas penghargaan ini. Saya, kami dan DBPWS menjalankan tugas sebaik mungkin yang ada dan termampu dalam usaha-usaha yang berterusan dalam mengangkat dan memartabatkan bahasa dan sastera kebangsaan, atas segala kekurangan mohon maaf daripada kami.

Terima kasih sekali lagi.

rar/dbpws.

Serunai Faqir aka SF said...

Saya kira tentu seronok jika saya berada di dalam majlis tersebut. : ) Apa khabar Ren? Lama tidak dengar cerita?