Thursday, December 07, 2006

“dinda, kanda sayangkan dinda. dinda sayangkan kanda?”

Untuk beberapa jeda kebelakangan ini, sungguh terasa benar memulia dan dimuliakan, kerana berinteraksi dengan membahasakan diri sebagai dinda atau kanda*.
Sebenarnya jika sebelum ini pun, apakala bersua seseorang yang baru dikenali saya akan membahasakan dirinya dengan panggilan abang atau kakak, kadangkala encik atau cik – tiada niat lain, hanya sebagai tanda penuh hormat saya kepadanya. Kerana jika saya memanggil nama sahaja tidak manis, meski ‘dia’ kelihatan lebih muda daripada saya.
*Dan teman-teman yang rapat dan mengerti saya semesranya memanggil kanda atau dinda[biasanya ganti diri saya] yang runtinnya bahasa yang saya gunakan dalam pesanan ringkas.

Entah – sejujurnya – kadangkala rasa terhina dan dihina dengan panggilan yang seperti membinatangkan manusia. Sudahlah jika takrifan memperkosa, membunuh dan menzalimi jelas membinatangkan; ini juga soal memanggil manusia juga mahu dibinatangkan?

Di mana rasa terhina atau dihina, jika sebagai manusia dipanggil seperti binatang? Seringkali, kita perhatikan ianya semakin menjadi budaya – dan mudah sekali merebak dan diterima, lihat di restoran-restoran, kedai-kedai makan; bagaimana pelanggan memanggil pelayan kedai makanan itu jika tidak seperti bunyi tikus yang kelaparan? Mengapa memanggil manusia seperti bunyi tikus atau cencorot yang dipijak pula, kadangkala?
Setidaknya, panggilah pelayan restoran atau kedai makanan itu dengan panggilan adik, dik, abang, atau jika malas sekalipun mulut itu seperti ada berlian berjuta ringgit, cukuplah melambai tangan penuh hormat. Baharu mungkinlah, boleh digunakan istilah pelanggan itu raja. Jika tidak, pelanggan itu apa ya? Malang sekali. Seperti tikus kelaparan; atau cencorot dipijak.

Kata seorang teman, kita dilahirkan sebagai manusia, bersikap dan berperangailah sebagai manusia; usahlah memanggil manusia seperti binatang pula.

6 comments:

Serunai Faqir aka SF said...

hahahaha mereka di kedai itu hanya memahami bahasa tikus & cencurut, kerana mereka hanya bahasa itu, kalau dipanggil namanya adik, abang - mereka menjadi pekak agaknya ... ah dindaku ini terlalu lurus dan jujur ...

gitartong said...

betullah laporan yang mengatakan rakyat malaysia kurang ajar.

Sahrunizam said...

pengalaman saya pulak sering dipanggil pakcik oleh pembantu kedai@ jualan sewaktu ingin membeli barang. saya yang mulanya ingin membeli terus membatalkan niat. haha saya belumlah tua sangat. tapi bagus juga kekadang sebagai peringatan. saya tidak lagi muda...

Serunai Faqir aka SF said...

terima kasih atas sokongan dinda yg tidak berbelah campur ... hehehe

Anonymous said...

Keadaan kadang-kadang akan menjadikan kita lebih berani. Kejujuranlah penguat dan pengikat untuk jadi sedemikian. Dan di sana nanti akan terlahirlah keikhlasan yang sentiasa menjadi suri kepada jiwa merdeka. Salam perjuangan, adinda ! Akhirnya, dapat juga menerjahkan diri ke sini.
al-Misri.

wahyu budewa rendra said...

terima kasih kerana menitipkan sesuatu - yang tentunya benar bermakna :

kanda sf - insyaAllah semoga sama2 kita meneruskan langkah juang ini.

kanda sahrunizam - peniaga tu rabun dekat, mungkin.he. kekadang serba salah hendak pilih ganti nama. selesa sekali panggil 'encik' saat berurusniaga.

kanda nizam - kalau tidak sempat untuk 'bersekongkol' tidak mengapa. utamakan yang utama. chee.wah..

kanda misri - terima kasih sudi menziarahi blog sunyi dinda. salam penuh hormat. - menunggu kemunculan blog kanda pula.