Wednesday, March 21, 2007

300 : Semangat Pejuang - Tidak untuk Dijajah!

Seperti mengumpulkan semangat cintakan negara – ayuh, kita sembelih sihir imperialis yang memukau dalam ‘sedar’ jasad watan yang jatuh jauh dan hanyut di lembah khayalan.

Sekali lagi teruja dengan patah-patah kata dalam keratan gambar iklan sebuah filem epik berjudul 300. Antara realisme dan secubit magis, filem ini mengheret emosi ke alam perjuangan sepenuhnya. Luarbiasa sekali!

Disisipkan dengan falsafah yang amat jelas sebagai pejuang bangsa Spartan – mereka tidak mahu dibalas atau didodoi wangi lagu dan puisi di atas perjuangan yang pernah dilakukan. Cukuplah sekadar mengingati kehadiran mereka 300 pejuang sebagai penerus survival bangsa meskipun kesemua mereka akhirnya terbunuh (Tidak seperti kebanyakan filem lain yang nyata mempunyai seorang heronya). Namun, yang pasti ‘terkorbannya’ 300 pejuang telah melahirkan lebih ramai pejuang pasca 300 yang sangat berani mempertahankan negara daripada dijajah seorang raja mengaku dewa.

Korupsi, skandal, dan pembelot adalah resepi serta rencah-rencah yang akan menjatuhkan ketamadunan dan keagungan sesuatu bangsa. Rencah-rencah ini dilampirkan secara ‘amaran’; yang menjadi nasihat keras dalam perjalanan cerita 300 ini.

Jika inginkan semangat juang tinggi, atau kemudian letih setelah bertarung dengan musuh-musuh Spartan dari golongan jajahan Xerxes yang rakus mahu menjajah dengan apa cara sekalipun, tontonilah 300. Sebuah filem epik diadaptasi daripada novel grafik Frank Miller. [jangan bawa adik-adik, 300 di bawah klasifikasi 18 PL]

4 comments:

Anonymous said...

Saya sudah lihat filem ini, hanya mainan grafik dan ilusi filem shj yg menarik dan luarbiasa sekali, tapi ceritanya klise shj dan kadangkala berlebihan hgga memualkan saya. Tambahan pula dalamnya terselit propaganda lapuk mengatakan bahawa bangsa mereka sangat hebat dari bangsa lain, Parsi dan Asia.

SD

Anonymous said...

SF lah bukan SD .. hehehe

Anonymous said...

Sdra. Wahyu,

Insyaallah..., nantikan skrip anda 'Dogma' dipentaskan (dipertandingkan) dalam peringkat saringan Pertandingan Monodrama Negeri Johor 2007 pada 21 - 22 April di DBPWS.

Terima kasih.

rar/dbpws

Wahyu Budiwa Rendra said...

- kanda SD, aki.ki.he.he..macam pernah dengar jek ‘memualkan’ tu masa sama2 bengkel di N9 tahun lepas. [barangkali, saya menonton dengan kanta positif semata sahaja; semangat juang yang luarbiasa!]

- en.rusdi, berbanyak terima kasih. ya, insyaAllah jika dapat tahu masanya dengan tepat/sesuai tentu saya akan beri sokongan.

salam penuh hormat, ren.