Friday, April 13, 2007

Dogma, Grup Teater Aksi Pontian dan Saya





[Dari kiri, saya, Kak Aya, Kak Atie dan Abang Akob.]
Pertama kali saya bekerjasama dengan grup teater; kerana raptai untuk pementasan saringan yang bakal diadakan nanti. Jika dahulu masih ingat lagi di zaman sekolah rendah saya sering berlakon pentomen bersama rakan-rakan. Tanpa dialog, kami perlu melakonkan watak melalui penjiwaan yang berkesan – meskipun persembahan cuma semasa majlis penyampaian hadiah tahunan sekolah.

Grup Teater Aksi Pontian (GTAP) yang diketuai En.Akob hadir pada pukul 9 malam di DBPWS. Jutaan terima kasih DBPWS kerana menyediakan masa untuk kami menyesuaikan diri dengan ruang yang akan menjadi saksi pementasan kami. GTAP begitu komited di dalam menjayakan karya skrip pertama saya berjudul Dogma itu. Kak Atie selaku pengarah, dan Kak Aya sebagai pelakon utama menunjukkan kesungguhan yang sangat mengagumkan. Begitu juga En.Akob selaku Pengarah Pentas.

Dalam kehidupan ini kadangkala apa yang kita sayangi, apa yang kita harap dapat memberikan perlindungan kepada kita – suatu ketika di luar jangka menikam dari depan - telah berlaku apa yang tidak sepatutnya dilakukan. Ataupun kita yang sengaja meletakkan suatu hukuman ke atas diri yang memang telah melakukan kesalahan tanpa perlu dipersoal lagi? Ini bermakna apa yang telah menikam dan menusuk di hadapan itu adalah hukuman tanpa sebarang pertikaian(?). Tepatnya memangkah layak dan seharusnya ‘kita’ sebagai pelaku(n) menerima hukuman itu? Inikah yang ‘barangkali’ cuba disorotkan dalam Dogma sedangkan, dia yang disayangi itu ...

Ayuh, menonton Dogma yang akan dipentaskan di DBPWS pada 21hb April 2007 pukul 8 malam. Masuk percuma. Tulisan pertama saya dalam pementasan teater monodrama. Menulis melalui apa yang saya perhatikan, dan GTAP menjelmakan. Manakala anda-audien yang saya kasihi dan muliakan boleh saja mentafsir mengikut subjektif pemikiran. Kita santai sambil berfikir-fikir tentang kemungkinan dogma-dogma yang bakal kita terima [kerana Dogma : Usah dipertikaikan lagi.]

Nota : Dogma = kepercayaan atau sistem kepercayaan (agama dll) yang dianggap benar dan seharusnya dapat diterima oleh orang ramai tanpa sebarang pertikaian.
-------

.:: Kerana kelak, di sana kitalah pelakon yang akan menerima segala dogma di atas apa yang kita lakonkan di pentas ini. Bukankah begitu? ::.


salam.sayang.sastera.
w.b.rendra,
johor bahru.



1 comment:

Anonymous said...

Assalamualaikum, Ren.

Tahniah Ren, wah dah ada aktiviti yang baru. Baguslah. Kadang-kadang kita tak tahu yang baru itu ada baiknya, mungkin boleh menambah idea penulisan kita!

Ibnu Ahmad al-Kurauwi
http://ibnuahmadalkurauwi.wordpress.com

p/s Ren, mohon dapat ditukar alamat baru saya di blog Ren tu. Blog lama sudah dighaibkan.