Tuesday, April 03, 2007

Bumi Daksina : Kecintaan & Inspirasi Saya

Alhamdulilah. Saya benar bersyukur dilahirkan, dibesarkan dan melalui galur-galur warna pengalaman di ibu negeri tanah bertuah daksina ini. Merah, Biru, Kuning dan Putih.

Selalu juga memikirkan ianya telah ditulis di buku takdir dengan begitu kemas dan cantik. Benar, kadangkala noktah hitam dan merah memang sekejap muncul dan sekejap juga hilang.

Berada di ibu negeri bumi daksina ini, dengan jalinan kerjasama Persatuan Penulis Johor (PPJ), Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Selatan(DBPWS), Yayasan Warisan Johor (YWJ) dan rakan-rakan penulis, juga penggiat teater – kami kerap bertemu. Itulah yang menjadi sebahagian inspirasi saya.

Terbaharu, kami bertemu pada satu majlis kelolaan Sdr.Mazlan, pensyarah di MPTI, JB. Beliau yang merupakan rakan seperjuangan ayah saudara saya, Dr.Gunawan Mahamood, juga merupakan rakan (yang menjadi contoh kepada saya) ketika menuntut PJJ di UPM. Bezanya, beliau menyiapkan Sarjana Bahasa Melayu dan saya Bacelor Pentadbiran Perniagaan. Namun, kami kerap juga bertemu di Serdang. Dan majlis-majlis sastera. Malah, beliau pernah membawa anak didiknya ke majlis saya (santai sastera) anjuran DBPWS.

Ketekalan dan kesungguhannya sebagai pengelola menemukan kami di satu majlis menghayati puisi-puisi bertemakan keislaman. Dengan kehadiran tokoh yang diraikan, anak kelahiran Tangkak, Tn.Hj.Shamsudin Othman - bersempena; menyambut Maulidur Rasul dengan tema ‘Malam Puisi Hadhari’. Maka banyak puisi-puisi dalam ‘Taman Percakapan’ karya beliau dideklamasikan.

Turut hadir sama mengisi majlis ilmu ini Ketua Satu PPJ, Sdr.Amirudin; Pengarah DBPWS, En.Nasir; Pegawai Perancang Bahasa yang akrab dengan kami, En.Rusdi Abd.Rahman; Pengarah MPTI; Pensyarah-pensyarah UPM yang merupakan panel penilai kepada projek Sdr.Mazlan ini; Pengarah Sugeharat, En.Husni – jalur ruang tempat saya belajar di Larkin Perdana.

Dapat duduk semeja dengan Sdr.Razif (Majlis Teater Negeri Johor) ada sahaja idea dan pengalaman baru yang dikongsi. Sdr. Ria Asmira dan Pn.Rahimah Muda yang memang ramah – tampaknya semakin sibuk mengarah teater dan menulis. Rakan-rakan lain, Sdr.Hamzah hamdani, Sdr.Hj.Rosli, Sdr.Taufek, Sdr.Amir Aris, Sdr. Azhar Salleh, Kumpulan Daksina dan Sdr.Affix, Sdr.Yus (teater). Dan rakan-rakan seperjuangan yang lain.

Kadangkala, saya terfikir jika satu ketika andai terpaksa berkelana dan meninggalkan bumi daksina kecintaan saya; meninggalkan pertemuan-pertemuan indah dengan penulis dan rakan seperjuangan – tentunya ianya akan menjadi kenangan terharum buat saya. Menjadi inspirasi saya.

3 comments:

Anonymous said...

Sdra. Wahyu,

Sememangnya para penulis dan penggiat sastera Johor harus kerap berjumpa (jika tiada halangan tugas hakiki masing-masing...) sekurang-kurangnya mengeratkan silaturahim dan bertukar-tukar pandangan juga cerita-cerita. Usaha sebegini walaupun dalam skala kecil, sederhana mahupun besar amat bermakna buat semua.

Sekian.

rar.

Anonymous said...

Ren, apa khabar?
Jemput melawat ke blog baharu saya http://ibnuahmadalkurauwi.wordpress.com. Tinggalkanlah sedikit lambaian di situ.

Ibnu Ahmad al-Kurauwi

Serunai Faqir aka SF said...

Apa khabar di sana? Sepi tanpa berita? Kalau boleh, usah lagi letakkan 'word verification' - letih nak naip ...