Friday, May 04, 2007

dan keputusannya

Saya seharusnya menulis keputusan ini seawal mungkin. Namun, saya tertangguh dengan kekangan. Tahniah sama sekali kepada penganjur Pertandingan Monodrama Negeri Johor 2007; DBPWS, PPJ, MTNJ dan JKKW Johor atas kejayaan pertandingan yang berjalan lancar. Dan syabas kepada 10 kumpulan yang menyertai pertandingan ini dengan penuh semangat dan kesungguhan.

Rakan penulis, Pn.Rahimah Muda mendominasi peringkat akhir dengan ketiga-tiga skripnya berjaya ke gerbang itu. Sekaligus mengakhiri tanda tanya pemilik anugerah Skrip Terbaik. Anugerah Pengarah Terbaik dimiliki Sdr.Sahrudin Manas dengan judul monodrama Lubang Neraka. Menerusi monodrama Racau, pelakonnya Sdr.Hussin Ismail membawa pulang anugerah Pelakon Terbaik.

Alhamdullilah, skrip Dogma juga dipilih sebagai penerima Hadiah Khas Juri. Saya bersyukur kerana ini adalah percubaan pertama, sangat bermakna. Dan usaha menghadiri bengkel monodrama anjuran DBPWS dahulu memberi impak positifnya. Cuma lucunya saya tidak sempat bergegas ke podium kemenangan untuk menerima sendiri trofi dan sampul surat daripada Ketua Pengarah DBP pada malam itu, kerana saya melihat keputusan yang diumumkan pengacara melalui skrin di tingkat bawah DBPWS – tingkat atas agak penuh, sambutan yang sangat baik – lagi pula memang tidak menyangka apa-apa.

Terima kasih kepada DBPWS kerana menyediakan wadah yang sekaligus menjadikan medan untuk penulis dan penggiat teater menjalinkan kerjasama. Terima kasih kepada Grup Teater Aksi Pontian yang memilih skrip Dogma (di antara Peterana dan Imperialisme) untuk dipentaskan.

Di celah-celah cerita dan pengalaman mendera rasa, menunggu untuk pulih tentulah memakan masa. Perlahanlah perasaan. Keluarlah dari kepompong menjadi rama-rama. Dan terbang menuju indah peterana.
salam.sayang.sastera.
ren.

9 comments:

Anonymous said...

Wah, kalimat imperialisme menggambarkan mesej yang serius dan sarat makna. Tahniah buat semua!

Anonymous said...

Tahniah, Rendra...
Harapnya status tidak menghalang silaturahim..
Apapun, saya nantikan "buah tangan pertama" awak...

NYL

Anonymous said...

Sdra. Wahyu,
Dalam sibuk itu-ini..., minda dan mata saya tercari-cari juga anda pada malam akhir tersebut,rupanya anda berada di bawah. Apa2pun saya ucapkan tahniah atas kejayaan 'Dogma' tersebut serta tulisan anda dalam blog SENJA ini tentang Pertand Monodrama yang julung kali diadakan oleh DBPWS.

Sekian.

rar/dbpws.

Azree MH said...

La.. Saya tidak sempat pergi ke pertandingan monodrama kerana saya berada di PJ pada tarikh itu. Sekarang sudah kembali semula ke JB.

Apa-apa pun tahniah buat sdr renda.

Anonymous said...

salam rendra, tahniah!
lama tak menjenguk saudara. saya maklum, saudara punyai bakat besar dan bakal orang hebat!

ummu hani

sahrunizam abdul talib said...

tahniah sdr rendra. teruskan berjuang!

mohamad kholid said...

tahniah ren...
ke laut jadi pulau, ke darat jadi bukit, ke angkasa jadi planet...

Anonymous said...

tahniah, senyap2 sahaja ya. Takut kena belanja oranglah tu.

Anonymous said...

Wah! Tahniah... WB Rendra semakin versatil! Teruskan...

~fahd razy~