Tuesday, January 13, 2009

mazhab cinta



1

suatu tika, ketika menghasilkan sebuah cerpen dengan judul di atas; saya berfantasi alangkah baiknya jika kita satu dunia bermazhabkan cinta. tiada perang, darah, airmata. tiada perceraian, pergaduhan, pertelingkahan. kita hidup dalam satu fahaman - kasih sayang & cinta. itu sekadar fantasi.

[gambar: sumbangan blog http://ideamenulis.wordpress.com/]


2

Mazhab Cinta yang disiarkan di Mingguan Malaysia beberapa tahun lepas, bertolak kepada pergolakan di tebing barat - saya ambil menjadi judul kumpulan cerpen pertama saya. sehingga kini pun, pertumpahan darah semakin kejam berlaku dan tiada kesudahan. hingga hilang kata-kata melihat apa yang berlaku. cerpen Tentang Teori(Berita Minggu) yang termasuk dalam kumpulan cerpen ini juga terhasil daripada pemerhatian ini; mengapakah dunia arab khususnya, tidak bersatu?




3

kumpulan cerpen ini diterbitkan DBP, telah siap dicetak pada 2008 namun belum berada menyeluruh di pasaran. menghimpunkan 24 buah cerpen saya sejak 2002 yang disiarkan di Berita Minggu, Mingguan Malaysia, Utusan Zaman, URTV, Tunas Cipta dan Jendela Selatan. ia berpaksi kepada cinta yang bersifat universal dan subjektif; cinta kepada agama, tuhan, tanahair, bahasa, bangsa, perdamaian, keamanan, keluarga, suami, isteri, dan kekasih. saya rangkulkan menjadi satu dalam mazhab cinta.




4

sebelum saya mengakhiri titipan ini, saya petik dari surah al-maidah :


“Orang kafir Yahudi dari
Bani Israel telah dilaknat
(di dalam Zabur dan Injil)
melalui lidah Nabi Daud
dan Nabi Isa Ibni Maryam.
Yang demikian itu
disebabkan mereka
menderhaka dan
menceroboh.”
- Surah al-Maidah ayat 78.

11 comments:

Anonymous said...

Tahniah dengan Mazhab Cinta!

Hasmora said...

salam saudara...

dalam cabang-cabang cinta, ada cinta dunia.. inilah wahan... ia riwayat beracun kpd mazhab cinta..

ingin juga saya mendapat mazhab cinta saudara, di ekspo dawama tempohari tak terserempak

Wahyu Budiwa Rendra said...

salam sdr. yang dihormati:

1. kanda hj.zul-terima kasih atas ucapan & kunjungan ini. ren kagum kanda; telah byk menghasilkan buku ilmiah.

2. sdr hasmora-terima kasih dengan sokongan & ziarah ini. jika tidak keberatan, boleh hubungi terus saya di emel wbrendra@tm.net.my atau wbrendra@yahoo.com tinggalkan nama, alamat, no telefon untuk mendapatkan Mazhab Cinta.

salam hormat,
ren.

Abdul Rahman Sokran said...

Tahniah! Tentulah kanda ingin memiliki "Mazhab Cinta" setelah selesai membaca "Di Sebalik Mentari Jingga" lama dulu. Tentu dinda Rendra sertai Bengkel Penulisan Novel Sejarah Johor II minggu depan. Kanda tak dapat, kerana banyak hambatan....

Hasmora said...

salam hormat...

puisi sempena tahun baru tempohari enak juga ya.. telah saya kehilangan akhbar mingguan malaysia itu.. entah2 jadi lapik hidangan makan malam oleh teman2 serumah.. ok juga kalau disiar di sini

taman bukit angkasa.

Azhar Salleh said...

Salam dinda Wahyu,
Tahniah kerana mazhab cinta memang memikat dan menarik. Dan tahniah juga kerana telah mengaktifkan blog ini. Saya doakan dinda Wahyu terus bersuara melalui mata pena kerana idea penulisan dinda Wahyu telah mencapai tahap yg unggul! Teruskan...

Rebecca Ilham said...

Salam Sdr Rendra,

tahniah! Saya ingin segera mendapatkan naskhah Mazhab Cinta, bolehkah dihantar ke US? Pembayaran melalui wang pos boleh Ayahanda saya di Malaysia uruskan.

Terima kasih dan tahniah sekali lagi!

ekspresi said...

tahniah dengan terbitnya kumpulan cerpen ini. teruskan.

Wahyu Budiwa Rendra said...

salam teman yang dimuliakan,

1.kanda rahman - terima kasih. semoga Mazhab Cinta diterima dlm keadaan sempurna. ya, saya turut ke melaka.

2.sdr.hasmora - akan saya usahakan untuk tatapan. harap sudah terima 2 naskhah buku saya ye.

3. kanda azhar - terima kasih atas sokongan sejak dari dulu lagi. dinda akan terus belajar dan belajar.

4. sdr. becky XD - insya-Allah, minggu depan Mazhab Cinta saya terbang ke US. tunggu ye.

5. kanda ariff - terima kasih atas sokongan. sudah lama tidak bersua ye.


w.b.rendra,
johor bahru.

Citra Delima said...

Tahniah! anakanda Rendra dengan terbitnya kumpulan cerpen ini. Ingin juga dapat senaskah, bolehlah hantar ke tingkat 1 YWJ Citra pada bila-bila masa untuk membacanya.Mazhab Cintan telah kerap dibincangkan di Yusal dikala minum suatu pagi kan?

Anonymous said...

Salam

Wah Rendra lagi cepat dari abg!