Tuesday, January 20, 2009

Menghimpunkan Biodata Penulis Johor

salam teman-teman penulis yang dirahmati.

baru-baru ini setelah diberikan tugas oleh Tn.Hj.Shapiai Muhammad Ramly selaku Editor Kanan di YWJ Citra Holdings untuk menghimpunkan senarai nama dan biodata lengkap penulis Johor; saya rasa antara cara paling berkesan adalah dengan menghadirkan blog. justeru, saya membina blog khusus untuk mengakses biodata dan blog penulis Johor.
penulisjohor.blogspot.com
sokongan, cadangan dan kerjasama teman-teman penulis sangat saya hargai. silalah emel biodata lengkap dan blog kepada emel saya, wbrendra@yahoo.com ; mungkin boleh juga titipkan pesan di blog tersebut.
memohon doa teman-teman penulis agar proses dokumentasi senarai dan biodata penulis-penulis johor ini berjaya.
salam penuh hormat,
w.b.rendra.
johor bahru.

2 comments:

mohamadkholid said...

yang pasti saya bukan orang johor... he..he..he..

wahyu budiwa rendra said...

abg kholid, teringat 'cerita' ingat abg kholid orang johor ye?
he.he..