Wednesday, February 04, 2009

Tukar Naskhah






Semalam, sebelum pun meletakkan badan dan duduk berehat di kerusi – cepat – saya mencapai posekspres yang diterima, berdiri di sisi t.v. Kiriman dari gunung. Telah kami berjanji untuk tukar naskhah bersama. Ini naskhah pertama diterima menggunakan ‘sistem barter’ dengan Mazhab Cinta.




Rahang Maut karya terkini Mohamad Kholid Hamzah. Beliau sangat tekal menghasilkan karya. Bermula dengan siri Penyiasat Ekstrovertnya yang terkenal di sisi pengikut setia, sehingga novel dewasa merangkul hadiah di DBP, terus ke novel industri terbitan DBP dan Rahang Maut terbitan PTS Millennia.




Saya mengalu-alukan teman penulis tukar naskhah dengan saya. Titipkan emel kepada saya, ya. wbrendra@tm.net.my atau wbrendra@yahoo.com

- Menunggu naskhah kedua, dari Grup Karyawan Luar Negara(GLKN).

4 comments:

Lumut Pagi said...

Salam...
Terima kasih Mas atas kirimannya..
Asyik saya menghadamnya..

:)

Wahyu Budiwa Rendra said...

salam sdr.
terima kasih atas pesanan.
selamat membaca, atau ketemu
mazhab itu.

Anonymous said...

salam ziarah.
saya tertarik dengan novel mazhab cinta.
Rumah rendra di mana?
Boleh kita minum-minum kemudian saya dapatkan juga novel Mazhab Cinta REndra
Cari Di BADAN namun tidak ketemu

www.muhammadridwanto.wordpress.com

Wahyu Budiwa Rendra said...

salam sdr. terima kasih menziarahi blog saya. Mazhab Cinta, kumpulan cerpen saya. ya, boleh saja kita minum2 & bicara. sila.