Wednesday, April 15, 2009

PBKL 2009

Menjelang Pesta Buku Kuala Lumpur 2009, disenaraikan beberapa aktiviti yang saya sedia maklum.
Di bawah ini seisi bersama penulis DBP. Jam 3.00-5.00 petang di Gerai DBP 3087-3089, Dewan Tun Razak, Aras 3, PWTC:


1. 17 April 2009 (Jumaat) Penulis Ramlah Rashid - Jeriji Kasih dan Usang.
Moderator Md. Shukuri Hamzah

2. 18 April 2009 (Sabtu) Penulis Siti Jasmina Ibrahim - Hikayat Qaziq.
Moderator Norazian Ahmad

3. 19 April 2009 (Ahad) Penulis Nafisah Haji Hussain - Melayar Impian.
Moderator Haji Azman Ahmad

4. 20 April 2009 (Isnin) Penulis Ibnu Ahmad Al-Kurauwi – Insyirah dan Di Dadanya Kalam Tuhan.
Moderator Seri Banon Md. Kassim

5. 21 April 2009 (Selasa) Penulis Aminah Mokhtar - Merdekakan Cinta dan Dominasi Teberau Moderator Nurdiana Mohd. Nor

6. 22 April 2009 (Rabu) Penulis Ismail Kassan - Kembang Cempaka Sari
Moderator Saifullizan Yahya

7. 23 April 2009 (Khamis) Penulis Amir Muslim - Peribahasa dan Ungkapan Inggeris Melayu Moderator Noraini Shukor

8. 24 April 2009 (Jumaat) Penulis Azizi Haji Abdullah - Harga Sebuah Maruah
Moderator E-Pian Pro Paul

9. 25 April 2009 (Sabtu) Penulis Amiza Khusyri Yusof - Menjadi Bintang
Moderator Marwati Wahab

10. 26 April 2009 (Ahad) Penulis Muhd. Nasruddin Dasuki - Langit Angsana Mohamad dan M.Saad Omar - Rahsia Malam Merdeka
Moderator Mohd Shaidan




Berikut pula Mini Ekspo dan Pameran Sai Fai :


Sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur, Sai-Fai.com dengan kerjasama Majlis Buku Kebangsaan akan melaksanakan program di atas berdasarkan maklumat berikut:Tajuk :


“Apresiasi Bakat Fiksyen Sains dan Fantasi Tempatan”
Tarikh : 19 April 2009 (Ahad)
Jam : 2.00 petang
Tempat : Dewan Kedah/Johor, Pusat Dagangan Dunia Putra, KL.

Ahli Panel :
Ahmad Patria Abdullah
Nisah Haji Haron
Nizam Zakaria
Azhar Abdullah
Moderator : Fadli Al-Akiti

Peminat sastera, khususnya Sai-Fai dipersilakan hadir.
Atur Cara 2:00 ptg Pameran bermula3:00 ptg Forum bermulaTajuk: “Apresiasi pengkarya fiksyen sains dan fantasi – Cabaran dan Masa depan”5.00 ptg Sesi soal-jawab5:30 ptg Forum berakhir6:00 ptg Pameran berakhir

1 comment:

Rusdi Abd Rahman said...

Sdra. Wahyu,
Sekadar angan-angan kosong (tapi keinginan yang besar juga...) agar dalam Pesta Buku ini ada (yang mungkin dapat menambahkan kesan):
i. Satu kaunter atau gerai khas untuk menerangkan tidak perlunya PPSMI kepada pengunjung yang dijangka hampir 10 - 20 ribu setiap hari.
ii. Diedarkan sebanyak mungkin risalah secara giat kepada semua pengunjung tentang kenapa tidak perlunya PPSMI.
Bagaimana, indah tak angan-angan kosong sebegini...? Hehehe...

Apa-apapun, selamat berkunjung ke Pesta Buku ini buat Sdra. Wahyu, moga-moga memperoleh banyak buku yang bermakna di sana untuk dibawa pulang serta bermanfaat buat warga Johor.