Wednesday, June 10, 2009

Mentafsir Daun

Daun hanyalah daun apabila dilihat sebagai daun. Tetapi, sebaliknya, tafsiran kepada daun menjadi lebih menyeluruh dan 'indah' ketika saya sempat menonton Pak Malim (Malim Ghozali PK) di MHI pagi tadi bersama pengacara Ahmad Fedtri Yahaya membicarakan tentang novel beliau, Daun. Senang mendengar Pak Malim bicara dan saya segera ‘mencatat’ di ruang sms - di dalam kekasaran ada kelembutan - kita melihat(mendengar) kasar dentuman guruh dan petir, dan dialunkan pula lagu rintik hujan di atas atap. Kita melihat tanah runtuh oleh ribut taufan dan dimanjakan pula oleh sepoi angin.

10 comments:

seruling emas said...

Daun.
Guruh.
Petir.
Hujan.
Atap.
Tanah runtuh.
Taufan.
Angin.

KEHIDUPAN!

Setuju tak saudara?

Wahyu Budiwa Rendra said...

sdr. Muziru Idham. boleh saja. terus menulis, dan menulis ya.

firdhaus hasraf said...

salam berkenalan, wasalam~

firdhaus hasraf said...

salam kunjungan kembali, terima kasih atas pautan, blog saudara juga telah saya catatkan sebagai blog yang saya ikuti, terima kasih~ wasalam~

Wahyu Budiwa Rendra said...

salam sdr firdhaus. terima kasih berkunjung. dan meninggalkan jejak.

D'Rimba said...

Saya suka bab tumbuhan hijau alam semua ini. Huhuhu...........

kak zura said...

Ren, kita akan bertemu, berbincang, bercerita, berkongsi dunianya...di bengkel kelak. Saya sendiri tak sabar menanti bengkel. Bersedialah ye...

Wahyu Budiwa Rendra said...

Sdr. Drimba - keindahan alam memang akrab dengan penulis.

Kak Zura - ren juga. insya-Allah semoga semuanya lancar kelak.

Azhar Salleh said...

Salam DINDA WAHYU,
Daun yang luruh
kadangkala dilihat seperti
maruah dan harga diri
sehelai bangsa bernama Melayu!

Wahyu Budiwa Rendra said...

kanda azhar, aduhai...