Monday, June 15, 2009

Pahlawan Melayu


(saya ambil sinopsis buku ini dari laman Dawama. klik pada judul untuk ke sana.)

Autobiografi seorang anak watan yang ternama dalam sejarah Malaysia ini merupakan satu huraian peristiwa sejarah negara yang berbentang di hadapan mata seorang saksi yang masih bersama kita. Buku ini mengandungi dua bahagian. Bahagian l - Sudahkah Kamu Bertemu Mariam? merupakan buku Tun Ibrahim yang terdahulu menceritakan zaman mudanya semasa menyertai Pasukan Tentera Negeri Johor, menjalani latihan dan seterusnya menerima tauliah Baginda King. Kemudian, pengalaman beliau semasa berkhidmat dengan Tentera Inggeris di India serta peranan semasa Perang Dunia Kedua sebagai ketua pasukan kecil yang diseludup balik ke Tanah Melayu yang pada masa itu masih di bawah penaklukan Jepun diceritakan juga. Bahagian ll - Ibrahim Pahlawan Melayu merupakan karya beliau yang terakhir mengisahkan perkhidmatannya dalam negara, juga dipaparkan dengan jelasnya. Imbasan kepada kejadian dan peristiwa pada masa lampau yang sentiasa menyala dan menjadi igauan dalam ingatan beliau telah menyemarakkan lagi catatan ini sebagai peringatan kepada yang masih hidup, tentang kapasiti manusia sama ada untuk memusnah atau membina. Tun Ibrahim juga membuka sudat kepada pembaca mengimbasi detik-detik istimewa beliau bersama-sama keluarga yang semuanya diadun dan dikarang dengan penuh kebijaksanaan dalam rangka menzahirkan riwayat seorang pahlawan Melayu."
[Mengapa saya memuatnaik kulit buku dan sinopsis buku ini? Saya akan jawab beberapa hari lagi melalui entri akan datang.]

3 comments:

D'Rimba said...

Sekarang inipun sudah menjelma ramai pahlawan Melayu tulen pertahankan bahasanya begitu bersemangat kental yang menjadi idola saya.............

Rusdi Abd Rahman said...

Sdra. Wahyu,
1. Saya menunggu... kenapa dimuat naik buku dan sinopsis buku ini, pasti ada sesuatu yang menarik nanti!
2. Mana puisi Sdra. Wahyu yang tersiar dalam Mingguan Malaysia yang lalu? Boleh diabadikan juga dalam blog ini untuk tatapan semua pembaca.

Wahyu Budiwa Rendra said...

terima kasih menitip pesan :

sdr. Drimba - ya, sebagai pencinta agama, bangsa dan bahasa.

en.rusdi - 1. seringnya kita akan mengenang dan menghargai tokoh-tokoh pahlawan mengikut cara dan kemampuan sendiri.

2. saya sudah memuatnaik Sepetang di Simpang Gambang versi tanpa papan kekunci. terima kasih, en.rusdi.