Wednesday, June 17, 2009

Kepada Pahlawan Melayu




Rentetan daripada entri terdahulu berjudul Pahlawan Melayu, di atas ini ialah sajak Kepada Pahlawan Melayu siaran 13 Julai 2008, Mingguan Malaysia. Sajak ini inspirasi daripada buku Pahlawan Melayu tersebut.
[klik pada sajak untuk baca]

Tuesday, June 16, 2009

Sepetang di Simpang Gambang : Versi 'unplugged'



Sepetang di Simpang Gambang disiarkan di Mingguan Malaysia 14 Jun 2009.
<-- [sajak Sepetang di Simpang Gambang versi unplugged, tanpa papan kekunci.]
Terima kasih kepada Sdr.Ku Seman Ku Hussain, Penolong Pengarang Mingguan Malaysia.

Monday, June 15, 2009

Pahlawan Melayu


(saya ambil sinopsis buku ini dari laman Dawama. klik pada judul untuk ke sana.)

Autobiografi seorang anak watan yang ternama dalam sejarah Malaysia ini merupakan satu huraian peristiwa sejarah negara yang berbentang di hadapan mata seorang saksi yang masih bersama kita. Buku ini mengandungi dua bahagian. Bahagian l - Sudahkah Kamu Bertemu Mariam? merupakan buku Tun Ibrahim yang terdahulu menceritakan zaman mudanya semasa menyertai Pasukan Tentera Negeri Johor, menjalani latihan dan seterusnya menerima tauliah Baginda King. Kemudian, pengalaman beliau semasa berkhidmat dengan Tentera Inggeris di India serta peranan semasa Perang Dunia Kedua sebagai ketua pasukan kecil yang diseludup balik ke Tanah Melayu yang pada masa itu masih di bawah penaklukan Jepun diceritakan juga. Bahagian ll - Ibrahim Pahlawan Melayu merupakan karya beliau yang terakhir mengisahkan perkhidmatannya dalam negara, juga dipaparkan dengan jelasnya. Imbasan kepada kejadian dan peristiwa pada masa lampau yang sentiasa menyala dan menjadi igauan dalam ingatan beliau telah menyemarakkan lagi catatan ini sebagai peringatan kepada yang masih hidup, tentang kapasiti manusia sama ada untuk memusnah atau membina. Tun Ibrahim juga membuka sudat kepada pembaca mengimbasi detik-detik istimewa beliau bersama-sama keluarga yang semuanya diadun dan dikarang dengan penuh kebijaksanaan dalam rangka menzahirkan riwayat seorang pahlawan Melayu."
[Mengapa saya memuatnaik kulit buku dan sinopsis buku ini? Saya akan jawab beberapa hari lagi melalui entri akan datang.]

Buku Terbaru Marsli N.O.

saya seringnya terpesona membaca gerak gaya dan susun diksi setiap ayat dalam karya Marsli N.O. sama ada puisi atau cerpen. seperti kumpulan cerpennya dahulu, Penipu - entah mengapa hinggakan kulit muka buku pun saya begitu tertarik. kali ini, saya memesan dua naskhah Politikus, Badut dan Sebuah Cermin (PBdSC) - sebuah ingin saya hadiahkan kepada ayahanda saudara saya, yang juga teman sdr. Marsli N.O.

untuk pesanan emel ke marslino@yahoo.com Nama PENGIRIM dan ALAMAT POS. Harga RM 20.00. kepada yang berminat memiliki naskhah (PBdSC) klik pada judul entri ini untuk ke web Marsli N.O. saya pasti pembaca akan ketemu sesuatu apakala membaca karya-karya beliau.

dan akan saya ingat pesannya - jadilah dirimu sendiri. meski kau mungkin kurang disenangi, namun itulah dirimu - yang bernilai & bererti.

Wednesday, June 10, 2009

Mentafsir Daun

Daun hanyalah daun apabila dilihat sebagai daun. Tetapi, sebaliknya, tafsiran kepada daun menjadi lebih menyeluruh dan 'indah' ketika saya sempat menonton Pak Malim (Malim Ghozali PK) di MHI pagi tadi bersama pengacara Ahmad Fedtri Yahaya membicarakan tentang novel beliau, Daun. Senang mendengar Pak Malim bicara dan saya segera ‘mencatat’ di ruang sms - di dalam kekasaran ada kelembutan - kita melihat(mendengar) kasar dentuman guruh dan petir, dan dialunkan pula lagu rintik hujan di atas atap. Kita melihat tanah runtuh oleh ribut taufan dan dimanjakan pula oleh sepoi angin.

Monday, June 08, 2009

Tahniah Pemenang HSKU 2008

Syabas dan tahniah kepada teman-teman penulis yang akan menjejaki podium HSKU 2008 pada 19 Jun ini. Hadiah sastera berprestij yang tekal dianjurkan Kumpulan Utusan dengan kerjasama istimewa pada tahun ini oleh Istana Budaya dan Astro. Serta ExxonMobil penaja utama penganjuran ini sejak beberapa tahun. Semoga sastera di tanah air tercinta ini akan terus berkembang diterima khalayak keseluruhannya