Tuesday, January 12, 2010

Dedikasi kepada yang disayangi

saya ingin kongsi lirik lagu ini; ada sesuatu yang bergenang.

8 comments:

mohamadkholid said...

aku tak sanggup hendak buka lagu tu, ren... masih beri kesan mendalam pada aku walau sudah genap setahun bapak pergi...

Wahyu Budiwa Rendra said...

bang kholid, ren pendengar Klasik Nasional. satu petang, lagu ini dimainkan. liriknya masuk ke dalam diri ren.

Mybabah said...

Salam Ren. Gabungan melodi dan lirik lagu ini cukup serasi. Amat menyentuh hati...Sesuai pula dengan suara allahyarham Sudirman. Ini salah satu legasi peninggalan allahyarham...

Rusdi Abd Rahman said...

Sdra. Wahyu,
Entah mengapa setiap kali mahu buka pautan blog (juga dalam paparan pautan blog rakan yang lain seperti Cikgu Nizar dan lain-lain) untuk entri yang ada lagu-lagu sebegini pasti tersekat dan tidak boleh buka, kenapa ya Sdra. Wahyu?
Mungkinkah perlu ada kata laluan atau perlu terlebih dahulu muat turun aplikasi tertentu dalam komputer atau perlu akses sesuatu dalam aplikasi tertentu dahulukah, ya seperti hal 'youtube' atau hal-hal seumpamanya?
Bolehkah Sdra. Wahyu bantu atau jelaskannya? Diri ini tidak dapat sama-sama nikmatinya...
(maaf, diri ini tidak berapa pandai tentang hal-hal muat turun aplikasi seumpamanya sebegini...)
Terima kasih.

Wahyu Budiwa Rendra said...

salam sdr.samsudin. benar itu. saya pernah juga dengar versi lama. liriknya. liriknya sama dan lagu juga, yang menyentuh dan mengesan.

Wahyu Budiwa Rendra said...

salam en.rusdi. saya fikir, tidak perlu ada kata laluan. pernah/bolehkah en.rusdi membuka 'youtube'? jika tidak boleh, apakah mungkin komputernya?
eh, saya pula yang bertanyakan en.rusdi ;)

Md Nizar Parman said...

Salam Ren,
Lagu yang cukup puitis dan sering diputarkan dalam program2 motivasi. Kalau tidak insaf juga, tak tahulah! Lagu ini lebih berkesan untuk anak-anak yang meninggalkan ibu dan bapa di desa kerana bekerja di ibu kota (tak reti-reti nak balik kampung?)

Wahyu Budiwa Rendra said...

salam sdr.nizar. lirik lagu ini masuk ke dalam diri, keluar menjadi inspirasi puisi.