Thursday, December 31, 2009

Selamat Tahun Baru 010110

Selamat Tahun Baru 2010. Tahun Baru hari Jumaat. Gerhana pula tengah malam/pagi ini. Awal Muharam 1431 tempohari pun hari Jumaat. Maulidur-Rasul bulan Februari 2010 juga hari Jumaat. Semoga tekad niat dan usaha yang kita lakarkan berada di atas landas lindungan dan perkenan-Nya. Insya-Allah.

Buku Percuma di Blog Fadzli Abu Bakar [klik pada judul entri]
"Saya juga akui dan tidak menafikan bahawa duit sememangnya elemen asas untuk kita meneruskan hidup dalam dunia moden ini. Persoalannya, APAKAH perkara selain duit yang boleh memotivasikan manusia untuk melakukan sesuatu pekerjaan? MENGAPA? Sila berikan pandangan yang memfokuskan kepada persoalan tersebut melalui ruangan komen posting ini. Saya peruntukkan tiga buah buku Siri Chit Chat Remaja (kalau bukan untuk anda, mungkin untuk adik-adik membacanya) untuk diposkan kepada pemberi pandangan yang layak diberikan ganjaran. Sila nyatakan nombor telefon atau email untuk kita berhubung lanjut."
- fadzliabubakar.blogspot.com

3 comments:

Mybabah said...

Salam. Kagum dengan kepekaan tuan pada hari sambutan yang kebanyakannya jatuh pada hari Jumaat yang berkat itu. Ramai yang tak perasan, termasuk saya, walaupun minggu ini masuk minggu ketiga cuti umum. Apa-apapun, Selamat Tahun Baharu 2010 dan saya doakan anda diberikan Allah kemudahan untuk menghasilkan karya sastera yang lebih "meletup" pada tahun 2010 nanti.

Rusdi Abd Rahman said...

Sdra. Wahyu,
Selamat Tahun Baharu 2010 buat sdra., semoga terus meningkat prolifik dalam pengkaryaan kerana ramai yang berharap tinggi (terutama ketika Dialog Penyair Johor baru-baru ini) agar sdra. dapat menaikkan nama penyair Johor.

Md Nizar Parman said...

Salam Ren,
Selamat Tahun Baharu 2010. Semoga karya-karya Adinda Ren akan terus mewarnai persada sastera negara. Tahniah puisi tersiar dalam BH semalam.