Tuesday, July 06, 2010

Empat Tahun

Empat tahun lagi, baharulah kita bertemu dengan Piala Dunia. Seronok juga rupanya menonton perlawanan bola sepak. Memang sempat merasakan kemeriahan perlawanan. Dua pasukan kegemaran sudah ke suku akhir. Kini ternanti-nanti perlawanan seterusnya.

Sebenarnya yang berlegar di fikiran, adalah lebih kepada apa yang akan berlaku kepada diri? Jika memikir skop yang lebih luas, yang berlaku kepada negara dan perkara-perkara besar seperti alam sekitar, bangsa, bahasa dan kita boleh memikirkan sendiri lanjutannya. Setengah windu, atau empat tahun. Setelah empat tahun?

Empat tahun lepas kita di mana? Empat tahun akan datang kita di mana? Masih adakah lagi saya di alam fana ini, atau yang tinggal hanya karya-karya kreatif yang kecil. Sempatkah saya menukangi lagi karya-karya baru – yang sepatutnya dapat meninggalkan sesuatu kepada pembaca? Empat tahun, ianya lebih kepada pertanyaan dalam diri.

Selalu kita terdengar, ‘perjalanan masih jauh lagi.’ Dan kita cuba sehebat mungkin merancang itu dan ini, dan kadangkala terlupa tentang manuskrip yang ditulis-Nya; yang telah dirancang-Nya untuk kita.



Nota : Mungkin, masalah teknikal ‘blogspot’, saya sudah menyiarkan komen di bawah tajuk ‘Khuatir’ yang dititipkan pengunjung. Tetapi, tetap tidak disiarkan.

2 comments:

Rusdi Abd Rahman said...

Sdra. Wahyu,
Saya ini 'penggila' PD sejak 1982 lagi, pasti ikutinya dengan pelbagai cara dan keadaan... kadang kalanya rasa syukur jadi 'penggila' hal-hal ini kerana bukannya 'penggila' hal-hal sosial yang bersifat negatif.
Pasukan apakah yang Sdra. Wahyu minat dan sokong itu...?
Hehehe...

Wahyu Budiwa Rendra said...

salam en.rusdi yang dihormati. jawapan saya, saya tinggalkan dalam blog en.rusdi. saya sekadar tumpang demam jadi penggemar PD.he.he.