Monday, May 09, 2011

Pusat Rujukan Persuratan Melayu

Pusat Rujukan Persuratan Melayu atau PRPM merupakan kamus maya yang sangat membantu. PRPM adalah pusat carian kata dan perkataan yang disediakan Dewan Bahasa dan Pustaka secara percuma. Taip sahaja perkataan yang ingin dicari ertinya, dalam masa beberapa saat PRPM akan menyenaraikan makna perkataan tersebut. Di sebelah kanan pula akan diberikan tesaurus bagi perkataan tersebut. Malah bagi sesetengah perkataan yang turut terdapat dalam ‘puisi’ atau ‘peribahasa’ akan dipaparkan contoh bagi ‘puisi’ dan ‘peribahasa’.

Begitu juga, terdapat pilihan untuk menggunakan ‘Kamus Bahasa Inggeris’, ‘Istilah Malaysia’ dan ‘Bahasa Sukuan’. Jika ditelusuri, PRPM lebih sekadar kamus maya kerana kita dapat mencari berbagai dokumentasi yang telah direkodkan. Saya sering menyarankan kepada teman-teman penulis dan rakan sekerja menggunakan PRPM untuk mendapatkan makna dan penggunaan perkataan yang tepat, juga rujukan bagi senarai karya seseorang penulis. PRPM sangat membantu. Terima kasih, DBP.

4 comments:

Ibnu Ahmad al-Kurauwi said...

Salam Ren,
Tahniah kerana terus mengukir nama di persada sastera tanah air.

Wahyu Budiwa Rendra said...

Salam Kanda Ustaz yang dihormati,
terima kasih atas kunjungan & titipan ingatan.

Rusdi Abd Rahman said...

Sdra Wahyu,
Memang PRPM cukup bermanfaat buat semua golongan masyarakat, namun masih ramai yang tidak tahu tentang kewujudan ini... mungkin hanya golongan yang banyak membaca dan menghargai bahasa Melayu sahaja yang tahu. Apa-apapun PRPM wajib dipromosikan secara amat giat semacam promosi rancangan realiti televisyen barulah ramai masyarakat sedar akan wujudnya hal ini.
Terima kasih.

Citra Delima said...

Anakanda Ren,

Terima kasih atas memberi panduan ini bagi kita semua membuat rujukan. Terima kasih