Friday, September 22, 2006

Menyentuh 'Hati'

Sebelum konvokesyen tempohari, saya menghadiahkan diri sendiri dengan menonton sebuah filem Indonesia; seorang diri. Ya, sekaligus hadiah untuk hari lahir juga! Sesekali (selalu, sebenarnya) menyendiri dan senang sekali untuk berfikir, itu dan ini. Banyak sekali berfikir. Merenung sekeliling. Eh, tepu juga rupanya ‘sendiri-sendiri’ begini.

Tentang filem Hati yang ditonton. Rata-rata ramai remaja yang menonton. Tertarik dengan runut bunyi yang sering diputarkan di radio, menguja saya untuk menonton pula.

Ceritanya biasa sahaja. Tapi, masih jua mampu menyentuh ‘hati’ yang menonton ‘seorang-seorang’ ini. Mengukur nilai persahabatan dan betapa – sukarnya meluahkan perkara yang sebenar tentang hati dan perasaan kepada seseorang. Magis sekali.

Paling menyentuh dengan runut bunyi yang seimbang dengan jalan cerita. Runut bunyi; lagu dan liriknya bagus. Memang melankolik, sesuai sangat dengan cerita. Jika berkesempatan dengarlah Sampai Menutup Mata dan Kehilangan.

-- Bingkai kaca mata seseorang itu berbezakan? Kuasa kanta-kaca mata seseorang juga berbeza. Begitu juga dengan tahap keyakinan, atau selera, atau keupayaan seseorang juga berbeza. Jika sama sahaja, tentu statik.

2 comments:

Anonymous said...

Rendra,
Percintaan dan persahabatan itu dua perkara paling berbeza yang kadangkala mengelirukan...Pun kadangkala persahabatn itu lebih membuahkan kesan yang lebih mendalam pada "Hati-hati" kita....

nyl

wahyu budewa rendra said...

NYL,
ya.. terima kasih. dua perkara yang sering mengelirukan. dua perkara yang kadangkala tidak tahu meletakkan diri kita di sisi mana. aneh.

(dan Rachel terpaksa mengorbankan diri - memberikan hatinya demi sebuah persahabatan!)