Tuesday, February 27, 2007

persis mengulangi pertemuan itu

SEPERTI mengulangi situasi sama ketika kami bertiga duduk berbincang, berbicara dan bertukar-tukar idea di bawah pohon sebuah restoran di port dickson negeri sembilan menjelang senja, tahun lepas; saya, kanda ustaz hj.azman dan kanda kholid duduk semeja kali ini di bawah sinar lampu di dewan bankuet dbpkl pada 23 feb.2007. dan lebih istimewa kali ini kami disertai sifu kami, sifu zaharah nawawi.

Pada majlis sederhana, namun meriah dan mewah dengan hadiah, Majlis Penyampaian Hadiah Mengarang Sempena Sambutan Jubli Emas DBP (HMSSJEDBP) berjalan lancar. sempat jua berjumpa dengan rakan-rakan penulis, antaranya sdr.sahrunizam, sdr.hj.nazmi dan sdr.nazim. sdr.nisah dan sdr.tiras r yang cepat menyapa sejurus selepas saya melangkah memasuki dewan.

Keputusan penuh Hadiah Mengarang Sempena Sambutan Jubli Emas DBP (HMSSJEDBP) boleh didapati di dalam majalah Dewan Sastera Mac 2007.

salamsayangsastera,
ren.

nota : suka saya mencadangkan ziarah blog rakan penulis, kanda ustaz hj.azman dengan cerita dan gambar-gambar semasa majlis http://al-kurauwi.blogspot.com/

2 comments:

ekspresi said...

tahniah. antara pemenang. teruskan menulis. anda ada potensi yang cerah.

Anonymous said...

Sdra Wahyu,
Sekali lagi tahniah secara rasmi drpd saya atas hadiah yang dimenangi tempoh hari. Semoga terus bergiat aktif menulis karya serta mengikuti program2 DBPWS.

Terima kasih.

rar.