Wednesday, May 30, 2007

Bumi Tersohor : Kerana Kau Tanah Selatan

[mengenang kelahiran sebuah negara bangsa, 11 Mei 1946]

i
dari semangat pahlawan sebuah daerah
dibawa nyali maruah ke puncak sejarah
menyemai bibit bimbang, khuatir dan resah
betapa buruk kesan dan natijah
perih sekian ratus tahun dijajah.

berdiri seorang pemikir bangsa di atas peterana
lantang bersuara bersama subur idea –
di sinilah, di tanah selatan ini
telah bersaksi paksi segala benih luhur
zuriat sebuah negara bangsa yang sohor.

ii
rendang, redup dan rimbun
mahkota kuning damai di bibir samudera
umpama sinar gemawan mulia
pemangkin semangat semerah bara
nyalalah belerang berani di hati lara
demi mencita kebebasan sebuah negara.

kibar panji-panji perkasa
tanah kencana ini dicabar pantang
ditentang seteru yang datang. meski
pemikiran, pena dan kertas
lambang suara juang tidak berbatas.

iii
kini semilir pawana
pesisir segara
masih tetap tegar
mengenangmu pejuang bangsa,
kerana kau tanah selatan
pewaris pusaka pasak akar
darah pejuang persis pendekar
negara bangsa merdeka gagah dilakar.


-- w.b.rendra,
(Mingguan Malaysia, 20 Mei 2007)

6 comments:

Anonymous said...

Namun, anak2 wilayah selatan harus lakar sejarahnya sendiri.

Anonymous said...

yahhh teruskan bersajak Ren ... Saya dah kurang ke CC kebelakangan ini .. nak hantar melalui cc pun dah malas...asyik tak keluar sahaja sajak saya. : )
Mai ke blog abg tgk kulit novel kedua ...cepat,cepat ... hehehe
Dan itu password utk org komen ni kasi buanglah kawan ... aiyaaa

Anonymous said...

Salam Ren,

Maaflah, saya baru terperasan saudara ada menjengah blog saya. Jadi saya nak balas kunjungan hormat ni.Tabik inspektor sahabbb!

Rai.

Anonymous said...

Sejalur aksara cuma, nama untuk diperdagangkan lewat mandala sastera yang mengenal lampu2 yang bergemerlapan. : )

Anonymous said...

Mana entri baru?

Anonymous said...

PROMO

Blog usrah baru dikemaskini

http://usrah2007.blogspot.com/

Moga ada manfaatnya.

Salam, Fathi