Thursday, April 23, 2009

MSAM 2009

Semalam sempat meluangkan masa mengunjungi pameran Minggu Saham Amanah Malaysia yang dianjurkan oleh PNB. Satu inisiatif untuk memupuk kesedaran pelabur khususnya Bumiputera. Moga ada hikmahnya bila Johor Bahru menjadi tempat ke 10 penganjuran. Dengan ruang yang sangat selesa, pengunjung berpeluang mengenali dengan lebih dekat tabung-tabung amanah saham yang dikelolakan oleh PNB. Bank-bank yang terlibat. Syarikat-syarikat pelaburan PNB. Bertanyalah apa sahaja kemusykilan yang mungkin selama ini bersarang; tentang insurans, pinjaman peribadi (kebanyakan bank memberi pinjaman peribadi hanya kepada kakitangan kerajaan sahaja, jika bekerja di swasta pun – nah, lihatlah minimun gajinya), mengurus kewangan, nasihat kewangan, perumahan dan syarikat-syarikat berkaitan. Untuk menarik kehadiran pengunjung, pelbagai kuiz dianjurkan.

3 comments:

Rusdi Abd Rahman said...

Sdra. Wahyu,
Memang menarik dan selesa. Saya sendiri bertugas rasmi dalam MSAM, diminta bantuan oleh PNB setiap malam di sini bermula 18 - 26 April. Pelbagai pengisian menarik dan berilmu dapat dimanfaat bersama.

Azhar Salleh said...

Salam DINDA WAHYU,
Telah saya kunjungi MSAM itu pada 22 April yang lalu. Seperti yang dinyatakan oleh DINDA WAHYU, saya berasakan pengisian seperti ini perlu diadakan secara berterusan. Pihak kerajaan perlu sedar bahawa aspek pengurusan kewangan yang baik perlu diberi pendedahan yang konsisten. Harap-harap, selepas ini, lebih ramai orang Melayu akan membeli saham amanah. Contohilah bangsa lain seperti bangsa Cina yang sentiasa menunggu ruang dan peluang untuk membeli sebanyak-banyak saham kerana mereka telah lama sedar bahawa pelaburan dalam PNB amat menguntungkan berbanding dengan pelaburan dalam bank konvensional yang lain.
p/s: Soalan DINDA WAHYU dalam blog WITRA akan dijawab sedikit masa lagi. Insya-Allah.

Wahyu Budiwa Rendra said...

salam,

en.rusdi : semoga ramai yang mengambil manfaatnya, kerana MSAM diadakan mengikut negeri setiap tahun.

kanda azhar : terima kasih. setuju dengan pandangan kanda azhar. insya-Allah, mudah2an peluang ini segera diambil.