Friday, December 04, 2009

Gunung Ledang

Jendela Selatan Bil.24 Ogos 2009 memberi fokus tajuk 'Pengucapan Puisi Alam Gunung Ledang'. Dengan kulit depan memaparkan foto sebahagian peserta berada di Puncak Gunung Ledang. Saya turut menulis rencana laporan dengan sisipan gambar (yang hampir sama tetapi tidak serupa) dalam majalah Dewan Sastera Disember 2009. Terima kasih kepada En.Rusdi, Cikgu Amir (Ketua 1 PPJ) dan Taman Negara Gunung Ledang yang berusaha menjayakan program ini.

[gambar dari kanan : saya, Tn.Hj.Rosli, Cikgu Taufek, Cikgu Amir, Tn.Hj.Yahaya, Tn.Hj.Aman, En.Rusdi, dan Cikgu Hamzah.]

4 comments:

Rusdi Abd Rahman said...

Sdra. Wahyu,
1. Terima kasih atas paparan muka hadapan buletin Jendela Selatan (JS) keluaran Ogos 2009 yang terpapar foto indah itu di puncak Gunung Ledang. Juga terima kasih atas siaran berita program ini tulisan Sdra. dalam majalah Dewan Sastera (DS) Disember 2009.
2. Rasa tenang dan penuh yakin tanpa perlu musykil sepicing sekalipun bahawa foto halaman depan JS dan halaman 95 DS tidak sama sekalipun kerana sudah amat-amat pasti ada lebih 5 kamera yang rakam foto itu walaupun sudut dan kedudukan yang sama... apatah lagi tersengihnya RAR lebih luas dan Cikgu Amir berpaling sikit ke kanan dalam paparan foto halaman depan JS berbanding foto halaman 95 DS itu.
- Tahniah dan Terima Kasih buat Sdra. Wahyu.

N Faizal Ghazali said...

Salam, wah, hebat program ini.

Md Nizar Parman said...

Salam, Ren.
Tahniah sebab menulis artikel ini dalam DS edisi Disember 2009. Ternyata kita boleh berpuisi di mana-mana sahaja (selagi tempat itu masih bersesuaian). Tersenyum bangga melihat kawan-kawan seperjuangan dalam gambar itu.

FadzliAbuBakar said...

Salam Rendra,
Ajaklah saya menyertai ekspedisi sebegini. InsyaAllah kalau berkesempatan, saya akan sertainya. Seronok pula saya melihatnya.