Tuesday, August 17, 2010

Harum 7 Ramadan

1
syukur
kepada Pengasih
yang memangkin resa
kesungguhan ini hadir.

2
7 ramadan 1431 H,
mengutus kebahagiaan
daripada lelah fikiran, dan masa
setahun dua yang lalu,
sebenarnya – ia lebih makna
rasa kasih dan sayang kepada
Darul Ta’zim,
tanah tumpah darah.

daripada sejarah tertempa
mengumpul iktibar
di dalam manuskrip
kegemilangan.

3
semoga semuanya lancar
bersama keringat
air mata gembira
menyambut usia.

9 syawal 1431 H
18 September 2010
Persada Johor
dakaplah diri ini
semahumu.


- w.b.rendra,
Johor Bahru.

6 comments:

Melihat Kesunyataan said...

Sajak ini menarik kerana terasa kelembutannya. Tentu orangnya juga pengasih dan penyayang.

Wahyu Budiwa Rendra said...

Tn.Hj yang dihormati.
Terima kasih di atas sokongan dan izin cuti akhir tahun lepas untuk saya menyiapkan'nya'.

Md Nizar Parman said...

Salam Dinda Wahyu,
Saya fikir saya sudah dapat menebak maksud puisi ini. Jika benar, tahniah daripada saya.

Wahyu Budiwa Rendra said...

Salam Kanda Nizar.
Terima kasih. Semuanya dengan izin-Nya.
yang membangkit intuisi dan kekuatan.

Citra Delima said...

Salam anakanda Ren,

sajak yang penoh erti kepada mereka yang mengetahuinya. Tahniah! atas kejayaan anda, saya tumpang gembira juga...

Wahyu Budiwa Rendra said...

salam tn.hj yang dihormati.
terima kasih tn.hj atas ziarah blog dan menitip ucapan. semuanya dengan izin-Nya.